Assalamualaikum, alhamdulillah murid-murid asrama dijemput untuk menghadiri program bersama Dato Hassan Din Bicara ilmu bertempat di Kompleks Darul Al-Faizin pada 29 Sept 2018. Semoga Program dan kerjasama dari KIDAF dapat diteruskan selamanya.







Assalamualaikum, alhamdulillah tamat satu lagi Program tahunan asrama iaitu Program Keusahawanan Asrama yang bertemakan "Usahawan Muda Pemangkin Ekonomi Negara" berlangsung pada 27 September 2018 dirasmikan oleh Pn. Noor Hafizah Bt Othman.
Terdapat 10 gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman, dan minyak wangi. Program ini juga turut serta Jabatan luar seperti Klinik Kesihatan Bandar Baharu
yang menyediakan rawatan kesihatan percuma.
Semoga program ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun dan dapat melahirkan titik pertemuan dan keinginan meniaga dikalangan anak murid MMBB.
Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru, staf sekolah serta para peniaga yang telah menjayakan program ini. 



















Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah selesai sudah satu lagi program tahun asrama yang telah diadakan pada minggu pada 14 - 16 September 2018 bertempat di Dewan Salam Al- Farisi. Program ini bertujuan memastikan semua calon didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan serta diasah kemahiran akademik serta mempertingkatkan motiovasi mereka sebelum menduduki peperiksaan penting.

Peserta yang terlibat merangkumi semua murid tingkatan 3 hingga 5.
Semoga kenangan dan didikan ini dapat membentuk, mendidik dan diamal pada masa hadapan. Jutaan terima kasih kepada Puan Noor Salwa serta guru-guru MMBB dan akp yang terlibat secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program tahunan ini.
Syabas dan tahniah diucapkan.