SYARAT & KELAYAKAN MEMOHON

MAKLUMAN ASAS
Atas dasar pemintaan kemasukkan ke asrama yang tinggi,pihak pengurusan asrama membuat tapisan melalui 3 aspek utama:
1 - Disiplin
2-  Jumlah peratusan keputusan akhir tahun
3 - Jarak rumah ke sekolah ( mengunakan perkhidmatan bas awam melebihi 2 buah setiap hari)

PERMOHONAN ASRAMA TING. 1
Pelajar baru Ting. 1 ditawarkan asrama secara terus menerus seramai 80 pelajar.
Pada tahun berikutnya, pelajar diminta memohon semula asrama.
Sila muat turun Borang Asrama.

SYARAT & KELAYAKAN MEMOHON ASRAMA
1. Tiada rekod masalah jenayah / disiplin.
2. Keutamaan 55% dan keatas bagi Pelajar Lelaki  65% dan keatas bagi pelajar perempuan.
3. Tiada tunggakan yuran asrama.
4. Jauh dari kediaman 15km.

PEMOHONAN ASRAMA PELAJAR LAMA

- Bagi pelajar lama ( ting 2 hingga 5) sila semak senarai nama yang telah dikeluarkan.
- Sekiranya anda layak dan ingin memohon asrama, sila muat turun Borang Asrama Pelajar Lama di menu. >>>BORANG ASRAMA PELAJAR LAMA<<<
- Sila bawa Borang Asrama ke Pejabat Asrama pada/sebelum 31 DISEMBER 2018.
- Kegagalan mengemukan / menghantar borang asrama pada tarikh yang ditetapkan, pihak  pengurusan asrama menganggap pelajar tersebut tidak berminat. Nama anda akan digantikan kepada pelajar lain.

RAYUAN ASRAMA
Sekiranya anda tidak disenaraikan dalam penghuni tahun berikutnya. Sila kemukakan Borang Rayuan Asrama yang telah disediakan >>>BORANG RAYUAN ASRAMA<<<
Sila hantar ke BORANG RAYUAN ke Pejabat Asrama SEBELUM 11 DISEMBER 2018.

KEPUTUSAN RAYUAN
- Keputusan permohonan rayuan boleh disemak pada 23.12.2018. 

- Bagi permohonan rayuan yang berjaya, sila hadir:
           Hari Pendaftaran Asrama pada 31 Disember 2018 bersama WARIS, jam 3.00 Petang bertempat di DEWAN ALFARISI. 


- Taklimat akan diberikan kepada pelajar rayuan yang berjaya. Kehadiran Waris adalah DI WAJIBKAN. 
- Kegagalan waris untuk hadir taklimat akan menyebabkan anak tuan/puan tidak dapat tinggal di asrama pada tahun 2019. 

0 comments:

Post a Comment